banner


Friday 11 November 2011

Coretan 11 Nov 2011

Hari Jumaat mempunyai kelebihan (Fadhilat) dan keistemewaan, dinamakan PENGHULU SEGALA HARI.
Sabda Rasulullah SAW. “Sebaik-baik hari yang matahari terbit pada hari itu ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam telah dijadikan, pada hari itu ia dimasukkan ke dalam Syurga dan pada hari itulah juga ia dikeluarkan darinya”. Hari Jumaat juga di gelar YAUMUL MAZID iaitu hari pemberian tambahan kerana di hari berkenaan Allah mengurniakan limpahan rahmatnya yang begitu banyak untuk direbut oleh Manusia yang mengaku beriman kepadaNya.

Antara amalan pada hari Jumaat ialah:
1. Membaca Al-Quran seperti Surah Sajjadah dan al-Mulk,
2. Banyakkan Zikir di Waktu pagi,
3. Banyakkan Selawat Ke atas junjungan Rasulullah SAW.
4.Sujud Syukur Kepada Allah.

Seperti menunaikan solat raya setahun sekali. Ramai umat Islam akan berkunjung ke rumah Allah untuk menunaikan kewajipan. Begitu juga Solat Jumaat, selain daripada kita menunaikan kewajiban kehadrat Ilahi kita juga boleh menunaikan kewajipan kita sesama manusia. Seperti bersalam-salaman dan bermaaf-maafan meskipun bukan di hari raya. Bersedekah untuk membantu fakir miskin atau orang yang memerlukan melalui saluran tabung masjid yang telah disediakan. Kalau nak dikatakan kita sebagai umat Islam ini kerap ke masjid, masih ada juga yang jarang ke masjid. Jadi jadikan hari ini sebagai hari kita berjumpa rakan-rakan, bermuzakarah dan bermaaf-maafan di samping memberikan sumbangan kepada masjid. Sesungguhnya orang yang memuliakan rumah Allah adalah orang-orang yang disukai -Nya.


Pada hari jumaat juga adalah merupakan hari yang di nanti-nanti oleh ramai orang. Bermula hari jumaat lah orang ramai akan melakukan perjalanan jauh (weekend la katakan). Tradisi ini sama seperti hari raya atau cuti-cuti panjang. Namun kesempatan begini, ramai orang akan mengambil peluang untuk melakukan perjalanan jauh, samada ke kampung halaman atau merancang ke tempat percutian. Keselamatan jangan kita abaikan, samada pada kenderaan, diri sendiri atau keluarga. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya. Rancang setiap perjalanan, kalau malas merancang tidak perlu ke mana-mana. Walaupun duduk di perantauan atau tidak merancang untuk melakukan perjalanan, namun banyak lagi aktiviti atau program yang boleh dimanfaatkan pada hujung minggu tanpa melakukan perjalanan atau membazirkan wang ringgit. Pikir-pikirkan la.

No comments:

Post a Comment

Followers

Blog Archive